Sunday 17 July 2011

cupcakes hantaran -the lovely roses in pink

baru-baru ini kami telah menerima tempahan daripada seorang customer Puan Anisah untuk hantaran adik lelaki beliau. Beliau request cupcakes bertemakan putih dan pink berserta bunga ros dan beads kecil sebagai hiasan. Jadi di bawah ini adalah hasilnya. Bunga ros memang bunga yang cantik. bila diletakkan sebagai hiasan cupcakes pun memang menarik. ayu dan lembut sungguh warnanya. kami pun terpesona sekejap selepas melihat hasil yang ibu kami buatkan. ye, semua cupcakes/cake hantaran adalah hasil sentuhan tangan ibu kami. sebabnya kami merasakan beliau adalah cake decorater yang bagus dalam pemilihan warna dan tema untuk hantaran. buktinya adalah majlis perkahwinan kakak kami sendiri yang hampir 80% dekorasinya adalah idea beliau.

berbalik kepada cupcakes tadi, di bawah ini disertakan gambar-gambar yang berkenaan.



manis kan warnanya? semoga kehidupan kedua mempelai juga akan manis-manis dan berbahagia hingga ke akhirat. kami di Sweetpea Cakes N etc juga mendoakan kebahagiaan kalian. Tahniah kepada Zul dan Zety. :)

salam manis dari SPC

1 comments:

sheena on 9 October 2011 at 15:22 said...

salam, boleh tempah ke cupcakes for 200 cuppies next year on february?the wedding will be in kelantan btw. mail me if you see this comment^^

imsweet_11@yahoo.com.my

Post a Comment

 

SweetPea Cakes N etc Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template