Friday 1 July 2011

red velvet again!


 kek baldu merah ni telah ditempah baru-baru ni untuk satu majlis keraian Puan Zana. terima kasih kerana menempah kek baldu merah ni ye as doorgift, Puan Zana. hopefully, berpuas hati dengan kek tersebut. anyway, sekarang ni kita boleh lihat yang bahawa red velvet cake ni sedang meletup di pasaran. red velvet cake ni actually adalah kek yang berasal dari amerika. kami pun baru tahu, selama ni pun pandai makan dan buat je.macamana kitorang tahu? actually ni semua gara-gara kakak kami yang mengidam nak makan red velvet masa dia bercuti di london countryside. semasa farah faizura berada di london baru-baru, dia telah berpusing-pusing mencari nak makan red velvet ni dekat bakeri kat sana. konon-kononnya nak try red velvet cake ni dekat tempat asalnya. sampai kepada tour guidenya, farah faizura sibuk bertanya. tapi tour guide dia pun tak tahu apa tu kek red velvet. sampai akhirnya, tour guide dia tu berusaha bertanya kepada wife dia, wife dia pun tak tahu ok! so dengan semangatnya tour guide dia tu bawa dia gi salah satu bakeri kat sana. hampa jugak. sbb bakeri tu pun takde jual kek red velvet ni. tapi owner bakeri tu tahulah yang kek tu wujud. jadi bermulalah history lesson ttg asal usul cake tu kepada farah faizura. hehe. kempunan juga dia , tapi takpe, berjaya makan scones yang sedap made in england. so terubat lah sikit kot kekecewaan dia.
tapi, dia berjaya juga berjumpa red velvet cake tu dekat bandar london. jumpa dekat salah satu american bakeri kat sana.dan dia dah makan dengan jayanya. satu slice yang besar lagi. katanya, mmg ummmphhh la kek red velvet tu.  so bila dia dah makan the 'real red velvet' , dialah yang dok sibuk jadi tester untuk red velvet yang kitorang dok buat ni. quality controller la kononnya. nak buat cemana, mmg hobi dia jadi tester.
so sesiapa yang nak try red velvet kami, silalah beli dengan kami. resipi dari london ya. :)
taa daaa!

0 comments:

Post a Comment

 

SweetPea Cakes N etc Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template