Sunday 25 September 2011

Sweetpea wedding contest! lets join to win exciting gifts !

hi all.
sweetpea team is back. soon, we will be approaching the month of november and disember which is the favourite month of most future brides/grooms to tie the knot.

since we love weddings( obviously who donts?, hehe), we decided that we would like to offer a little something for 3 lucky couples getting married in nov/disember. the little something comprises of gifts for ur wedding/reception. and they will be hand made by our dear mother.
so for those of u who has been eyeing some of our products, this may be a dream come true. coz we will be giving them away for free!

its simple, just join in our sweetpea wedding contest and win them ok!

Syarat penyertaan
1. Terbuka kepada semua bakal pengantin yang menetap di Terengganu yang akan melangsungkan perkahwinan dalam bulan November hingga disember 2011
2. Semua hadiah tidak boleh ditukar dalam bentuk wang tunai atau barangan yang selain dari ditetapkan.
3. Penyertaan hendaklah dibuat oleh pasangan pengantin sendiri. Peserta tidak boleh mewakilkan mana-mana pihak untuk menyertai pertandingan ini
4. Semua hadiah hendaklah diambil di lokasi yang ditetapkan oleh penganjur. Tiada delivery dilakukan
... 5. Tarikh tutup penyertaan 7/10/11 pada pukul 5 petang, tarikh akhir pengundian adalah pada 14/10/11 11.55mlm.
6. kami berhak untuk menarik balik hadiah sekiranya berlaku sebarang percanggahan atau syarat2 yang ditetapkan tidak dipatuhi.

Cara-cara
1. Sila ‘like’ page Sweetpea cakes n etc sekiranya anda belum berbuat demikian
2. Emailkan kepada kami di sweetpea_cakes@yahoo.com sekeping gambar pasangan bakal pengantin –gambar mestilah menarik tetapi sopan dan tidak menyentuh sensitiviti masyarakat
3. Nyatakan maklumat berikut: nama pasangan, tarikh perkahwinan,alamat rumah, no telefon untuk dihubungi
4. Lengkapkan slogan berikut : Sweetpea cakes n etc adalah pilihan saya untuk hari istimewa saya kerana........tidak melebihi 30 patah perkataan
5. Gambar pasangan akan diupload ke album pertandingan “sweetpea wedding contest”
6. Dapatkan seramai mana pengundi untuk ‘like’ gambar anda .Pilih ikon “Photo” di Fan page ini, dan pilih album "sweetpea wedding contest " anda terus boleh mengundi gambar pilihan anda. Sila “like” gambar pilihan anda didalam album tersebut. Bagi memastikan rakan anda telah mengundi dari “album pertandingan” sila pastikan anda klik "Share +" dari gambar pilihan Anda dan sebarkan tentang pertandingan ini. ***** UNDIAN HANYA DIKIRA DARI “ALBUM PERTANDINGAN” SEBARANG UNDIAN Dari GAMBAR ALBUM PERSONAL PESERTA TIDAK AKAN DIKIRA
7. Peserta hendaklah menggunakan poster pertandingan yang akan diupload sebagai profile picture mereka dari 25/09/11 hingga 14/10/11.

Hadiah-hadiah ditawarkan:

Pemenang tempat pertama akan menerima:
1. Kek perkahwinan 2 tingkat(stacked) untuk majlis perkahwinan bernilai rm 350
2. 2 kotak cupcakes hantaran (16 pieces+16 pieces) bernilai rm130
3. 2 kotak coklat hantaran (35 pieces+35 pieces) bernilai rm 80

Pemenang tempat kedua akan menerima
1. 2 kotak cupcakes hantaran (16 pieces+16 pieces ) bernilai rm130
2. 2 kotak coklat hantaran (35 pieces+35 pieces) bernilai rm 80

Pemenang tempat ketiga akan menerima
1. kotak cupcakes hantaran (16 pieces +16 pieces) bernilai rm130

Hadiah saguhati untuk peserta yang turut serta : 10% baucer diskaun untuk sebarang pembelian produk perkahwinan di sweetpea cakes n etc
 
there, its easy peasy rite? so why wait up? lets join the contest today ya..:)

Thursday 15 September 2011

salam aidilfitri!!

assalamualaikum semua..apa khabar? kami harap semuanya sihat dan ceria....wahh....masih lagi dalam mood beraya kan? kat sana-sini tak habis-habis lagi org buat open house....best kan?
sweetpea team tahun ni tak sempat nak buat open house. sbb kami sibuk sangat dengan tempahan kek kahwin dan bertunang, almaklumlah time cuti-cuti macam ni lah ramai yang ke jinjang pelamin... jadi tahun ni hari raya pun kami bake kek juga..... hehe, penat tapi seronok. alhamdulillah.....
kepada kawan2 yang sudi datang rumah kami tempohari pula, terima kasih banyak2 sbb datang berkunjung. insya allah kalau ada kelapangan, tahun depan kami buat open house pula ye..:) kami suke kalau orang datang rumah...maklumlah, tetamu yang datang berkunjung ni membawa rahmat dan rezeki kepada tuan rumah...dan kalau nak umur panjang dan berkat, sama-samalah kita memanjangkan silaturrahim ye...:)

tempahan kek untuk raya tahun ni pun alhamdulillah. boleh tahan banyaknya sampai tak menang tangan pula jadinya. alhamdulillah, syukur pada allah.
jom kita tengok sebahagian pic kek hari raya yang kami dah buat kali ni :


yang ni kek red velvet yang ditempah oleh cik dila... terima kasih sangat...beliau kata kek ni sedap...alhamdulillah kami dengar.. :)) suka bila customer suka...:)


yang ni pula vanilla buttercake dengan buttercream icing yang ditempah oleh kak nah paloh... terima kasih banyak-banyak ye akak. harap2 sukalah dengan kek kami ni.


 yang ni pula american chocolate cake ditempah oleh kak niza dari gong badak. thanks ye kak niza.

yang ni pula adalah vanilla buttercake dengan buttercream icing dan edible image untuk naqib sekeluarga. harapnya suka dengan kek buatan kami ni ye.


yang ni pula adalah vanilla buttercake ditempah oleh bos yaya di jabatan penilaian kuala terengganu. yang ni kami hias dengan buttercream icing dan edible image juga.

oh ya, tuan rumah ada kepala meja juga, nak tengok???
sat naaa....





haa...meriah tak kepala meja kami? ada lagi satu tapi tak sempat nak upload lagi gambarnya...nantikan raya siri kedua dari kami...nanti kami akan postkan banyak lagi pictures k...banyak sangat kek yang telah dibuat sampai tak ingat dah mana letak gambarnya.. stay tuned!

salam aidilfitri dari sweetpea team sekeluarga...maaf zahir dan batin.
segala kekurangan adalah dari kelemahan diri kami sendiri. segala kelebihan terpulang kepada Allah swt.
jumpa lagi!
salam ceria dari kami  xoxo
 

SweetPea Cakes N etc Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template