Friday 29 July 2011

kuih raya 2011!!!

this is our video promo for our raya cookies collection this year. some of the cookies were not included in this video though. for full catalog, do visit us here : www.facebook.com/sweetpeacakesnetc or click at our cookies  collection in our label . ok?

we would like to wish all of u salam ramadhan al-mubarak and may all of will have a fruitful and barakah ramadhan this year.

love u all...:)

Monday 18 July 2011

cupcakes hantaran- mint green and white

cupcakes ini telah ditempah oleh Kak Yah Paloh untuk majlis perkahwinan anakanda beliau baru-baru ini. Warna temanya hijau. beliau mahukan sesuatu yang simple, jadi kami telah memilih Sakura blossom sebagai tema untuk beliau. warnanya kami pilih sesuatu yang soft seperti di bawah. maaf kerana kali ini, gambar kurang jelas. terpaksa pakai kamera telefon kerana tukang gambar outstation.
walau apapun, cupcakes ini cantik sangat bila kat luar kerana warnanya yang pastel itu. :)

Selamat pengantin baru ye kepada anakanda Kak Yah. Semoga berbahagia hingga ke akhirat. :)

CHOCOLATES HANTARAN

Coklat  praline sesuai untuk dibuat hantaran. Biasanya, untuk hantaran pelanggan akan menempah coklat praline yang disusun di dalam cavities box 35 pieces. ini kerana coklat nampak tersusun kemas selain mudah untuk dibawa kerana menggunakan kotak. penggunaan kotak akan mengurangkan risiko coklat rosak atau terjatuh sewaktu proses transportation. Lagi satu plus point adalah kerana kita boleh menghias kotak tersebut dengan sebarang hiasan yang diinginkan. biasanya, kotak ini tidak memerlukan hiasan yang berat untuk menaikkan keceriaannya. Pada personal opinion SPC, apabila kotak dihias dengan sedikit riben atau bunga kecil sudah pun memadai. Bak kata orang putih, less is more. tapi, itu bergantung kepada kehendak pelanggan. Kami di SPC juga akan mengambil kira kehendak pelanggan.
contoh coklat praline di dalam box seperti dibawah:


warna coklat praline juga boleh diubah suai mengikut warna tema pelanggan. begitu juga dengan kotak dan riben. tetapi untuk hantaran, kebanyakan pelanggan kami banyak memilih warna-warna kotak seperti emas,perak dan putih. Coklat praline kami pula dibuat menggunakan coklat yang berkualiti. Rasanya insya allah sedap selain rupa yang menarik. Rasa sekali, nanti nak lagi dan lagi. :)

Untuk musim perkahwinan akan datang, jadikan coklat praline kami sebagai pilihan penghias par anda. jangan tunggu lama-lama, jom order dari SPC!

Salam ceria dari SPC.
:)

CHOCOLATES for gift!

kami telah menerima dua tempahan coklat untuk diberikan sebagai hadiah. terima kasih kepada Cik Nabilah Nasir dan Cik Aina Syuhada kerana telah sudi menempah dengan Sweetpea.


yang ini cik Nabilah punya. dia minta dibuatkan design comel-comel macam kat atas ni. 24 cavities semuanya. bila coklat ini diserahkan kepada beliau, beliau sangat gembira sebab katanya memang cantik. kami pun happy juga sebab telah berjaya memenuhi citarasa cik Nabilah. :)



Yang ini pula adalah Cik Aina punya. 35 cavities kesemuanya. coklat ini diberikan sebagai hadiah kepada sahabat beliau yang melangsungkan perkahwinan. Cik Aina pun happy juga bila melihat coklat beliau ni.

Terima kasih kepada anda berdua kerana telah menempah dengan SPC.
Semoga kita bertemu lagi di lain kali.

Salam ceria dari kami. :)

wedding cake in white and yellow!

baru-baru ini juga kami telah menerima tempahan kek hantaran pertunangan dari Cik Aini untuk anak bos beliau. temanya adalah putih dan kuning. kombinasi warna yang sememangnya kami sukai. jadi hasilnya seperti ini :


terima kasih kerana telah menempah dari Sweetpea. bunyinya seperti bos beliau amat berpuas hati dan akan menempah lagi dengan Sweetpea untuk pertunangan anaknya yang seterusnya. Kalau pelanggan kami gembira, kami pun turut gembira juga. Sebab kepuasan anda adalah kepuasan kami.

Salam ceria dari SPC.

Sunday 17 July 2011

cupcakes hantaran -the lovely roses in pink

baru-baru ini kami telah menerima tempahan daripada seorang customer Puan Anisah untuk hantaran adik lelaki beliau. Beliau request cupcakes bertemakan putih dan pink berserta bunga ros dan beads kecil sebagai hiasan. Jadi di bawah ini adalah hasilnya. Bunga ros memang bunga yang cantik. bila diletakkan sebagai hiasan cupcakes pun memang menarik. ayu dan lembut sungguh warnanya. kami pun terpesona sekejap selepas melihat hasil yang ibu kami buatkan. ye, semua cupcakes/cake hantaran adalah hasil sentuhan tangan ibu kami. sebabnya kami merasakan beliau adalah cake decorater yang bagus dalam pemilihan warna dan tema untuk hantaran. buktinya adalah majlis perkahwinan kakak kami sendiri yang hampir 80% dekorasinya adalah idea beliau.

berbalik kepada cupcakes tadi, di bawah ini disertakan gambar-gambar yang berkenaan.



manis kan warnanya? semoga kehidupan kedua mempelai juga akan manis-manis dan berbahagia hingga ke akhirat. kami di Sweetpea Cakes N etc juga mendoakan kebahagiaan kalian. Tahniah kepada Zul dan Zety. :)

salam manis dari SPC

Saturday 16 July 2011

the chocolate rose cake in yellow!


kek ni pulak telah dibuat untuk makan-makan bersama sepupu kami. so design simple saje. sebab nak makan sendiri kan. tapi memang ummpph la kecoklatannya itu. sampai menjilat sudu...hhehe..anyway, memang favourite kami pun kek ni...kalau rasa nak makan kek, mesti whip up bahan-bahan untuk kek ni. saiz kek ni adalah 9 inchi. toppingnya daripada chocolate ganache. bunga tu semestinya buttercream icing. kalau makan ni, mak mertua lalu pun dok sedar, hehehe. so berhati-hati ye kalau makan kek ni kat rumah mak mertua ye... nantikan update kami lagi tentang beberapa kek yang lain...semenjak beberapa minggu ni kami sedikit sibuk dengan tempahan dan biskut raya sampling. sebab itu, blog ini jarang dikemaskini. sekarang ni, alhamdulillah lega sikit.

oklah, buat customer sweetpea dan bakal customer, selamat berwindow shopping di sweetpea. kalau nak order anda email saje kami or sms kepada nombor yang tertera di atas ye. sebarang pertanyaan pun sila ajukan kepada kami ye. insya allah kami akan berusaha untuk menjawap sebarang pertanyaan yang diajukan secepat mungkin. semoga kita berjumpa lagi.

salam ceria dari Sweetpea Cakes N etc :)

the chocolate rose cake in pink!


Ini adalah tempahan daripada Cik Ecah Pulau Rusa. moist chocolate cake with pink roses.
Semoga sukses dalam SPM seperti yang diidamkan ye. amin...:)
terima kasih kerana menempah dari sweetpea. semoga anda berpuas hati dengan produk kami.
semoga kita berjumpa lagi. :)

Thursday 14 July 2011

raya cookies is up for sale/order

assalamualaikum...
untuk pelanggan yang dihormati, tempahan biskut raya sudah dibuka mulai hari ini.
biskut raya kami diperbuat daripada bahan-bahan berkualiti. menggunakan butter.
semestinya sedap dan menarik dengan harga berpatutan.

scroll down untuk lihat gambar biskut raya yang ditawarkan berserta harganya sekali. harga dinyatakan adalah untuk 50 pieces.


                                                                     -chocolate candy-
                                                                             RM23


 
-honey flakes-
RM20


-tat gulung-
RM25


-cashew crisps-
RM24


                                                             -chocolate almond drops-
                                                                           RM24


-chocolate oat drops-
RM24


                                                          -sarang semut permaisuri-
                                                                         RM20

   

-tat permata tradisi-
RM24

  
-my sweet heart-
RM24


                                                                 -glitter buttercream-
                                                                            RM24

                                                                               
                                                                      -almond hazelina-
                                                                               RM25

                                                                               
                                                                       -snow flakes-
                                                                            RM23


-white love-
 RM25
                                    
                                                                       
Berminat ? untuk order, email kami di  sweetpea_cakes@yahoo.com,
nyatakan perkara berikut kepada kami
1. nama dan contact no anda
2.alamat (sekiranya memerlukan pos)
3.biskut pilihan
4.kuantiti
5. tarikh pick up

order secara borong adalah dialu-alukan.
untuk belian runcit, sekiranya anda membeli lebih daripada 8 bekas biskut, diskaun sebanyak 10% daripada jumlah belian diberikan.

PENGESAHAN TEMPAHAN
setelah menerima email anda, kami akan mengesahkan tempahan anda dalam masa 24 jam.
jumlah harga akan diberikan kepada anda bersama bank account untuk bayaran.
selepas anda melakukan transaksi bayaran, sila emailkan resit bayaran sebagai bukti pembelian.

DELIVERY
Biskut akan diserahkan sekitar seminggu sebelum hari raya untuk kawasan kuala terengganu. pick up point adalah di kg paloh, kuala terengganu.

untuk kawasan diluar kuala terengganu, kami menyediakan khidmat kurier. biskut akan dipos dalam 2 minggu sebelum hari raya. posting fees akan dinyatakan.
sila nyatakan semasa tempahan melalui email sekiranya anda memerlukan khidmat kurier.

Tempahan biskut raya dibuka sekarang! kami akan tutup apabila order dirasakan telah melebihi kapasiti pengeluaran. cepat! cepat! biskut raya homemade yang sedap dan berkualiti. jadikan sweetpea cookies sebahagian dari juadah di hari raya anda. keluarga dan tetamu pasti tersenyum girang merasa kuih raya kami!

semoga hari anda ceria.
selamat membeli-belah di sweetpea cakes N etc..
Diharap kita akan berjumpa lagi :)




                                         

Tuesday 12 July 2011

busy busy week

we are alittle bit busy at the moment. we are preparing for raya cookies samples. we are also busy finishing up our orders. but we are having fun in the kitchen when all the ingredients obey, and they flourish beautifully into a delectable cake or cookies. we are savouring every bite after that. well, naturally we have to sample everything first to know how it taste.if its not upto standard, things shouldnt be put up for purchase. coz it isnt fair offering something that we ourselves wont like to  others, right?
so pictures will follow. maybe tonight we will post some sneak preview. just to get u salivating peeps. :) hehe.

anyway, to answer some of u who are thoughtful enough to ask us. yes, we do ships some of our stuffs to other places. stuffs like cookies and chocolates of course can be posted. but we still couldnt figure a safe way yet to post our wedding cakes. so we only accept orders for wedding cakes in terengganu. unless at that time we happened to be in kl/bangi area, we may be able to cater to ur needs. now we also accept orders for doorgifts and corporate hampers too if u want wedding doorgift which consist of cupcakes, that may be possible to be posted though. we will figure out a way for them to reach u. just ask us ok. remember bulk orders will receive discount. dont worry, :)

Saturday 2 July 2011

new look, new page peeps!

hi all, kami sekarang ni tengah buat make-over page sweetpea ni. so untuk masa sekarang dropbox menu di atas belum berfungsi. mohon maaf ye atas segala kesulitan buat masa ini. insya allah dalam beberapa hari, page ini akan berfungsi sepenuhnya. so in the mean time, stay tuned ya...
anyway, order masih dibuka seperti biasa. jangan lupa calling calling, mail mail kami ya.


anyway, blog ini akan ditukar kepada penggunaan bahasa melayu. atau anda masih prefer kami tulis dalam bahasa inggeris? let us know ya people. taa daaa...

Friday 1 July 2011

pengumuman siaran tergendala

assalamualaikum...
kami nak memohon maaf sbb sehari dua ni macam2 bende berlaku.
minggu lepas internet connection asyik problem, so nak reply email pun tak boleh.
so sesiapa yang lambat dapat reply tu, kami mohon maaf banyak2...line internet tak berapa comel.

hari ni pulak, phone che nor rosak pulak. dugaan, dugaan. tapi tu dugaan kecik je tuh. kan kan kan?
so sesiapa yang nak bertanya atau nak place order, plz sms this no ye:
0166602673 farah faizura , atau
0139235591 raja shah

red velvet again!


 kek baldu merah ni telah ditempah baru-baru ni untuk satu majlis keraian Puan Zana. terima kasih kerana menempah kek baldu merah ni ye as doorgift, Puan Zana. hopefully, berpuas hati dengan kek tersebut. anyway, sekarang ni kita boleh lihat yang bahawa red velvet cake ni sedang meletup di pasaran. red velvet cake ni actually adalah kek yang berasal dari amerika. kami pun baru tahu, selama ni pun pandai makan dan buat je.macamana kitorang tahu? actually ni semua gara-gara kakak kami yang mengidam nak makan red velvet masa dia bercuti di london countryside. semasa farah faizura berada di london baru-baru, dia telah berpusing-pusing mencari nak makan red velvet ni dekat bakeri kat sana. konon-kononnya nak try red velvet cake ni dekat tempat asalnya. sampai kepada tour guidenya, farah faizura sibuk bertanya. tapi tour guide dia pun tak tahu apa tu kek red velvet. sampai akhirnya, tour guide dia tu berusaha bertanya kepada wife dia, wife dia pun tak tahu ok! so dengan semangatnya tour guide dia tu bawa dia gi salah satu bakeri kat sana. hampa jugak. sbb bakeri tu pun takde jual kek red velvet ni. tapi owner bakeri tu tahulah yang kek tu wujud. jadi bermulalah history lesson ttg asal usul cake tu kepada farah faizura. hehe. kempunan juga dia , tapi takpe, berjaya makan scones yang sedap made in england. so terubat lah sikit kot kekecewaan dia.
tapi, dia berjaya juga berjumpa red velvet cake tu dekat bandar london. jumpa dekat salah satu american bakeri kat sana.dan dia dah makan dengan jayanya. satu slice yang besar lagi. katanya, mmg ummmphhh la kek red velvet tu.  so bila dia dah makan the 'real red velvet' , dialah yang dok sibuk jadi tester untuk red velvet yang kitorang dok buat ni. quality controller la kononnya. nak buat cemana, mmg hobi dia jadi tester.
so sesiapa yang nak try red velvet kami, silalah beli dengan kami. resipi dari london ya. :)
taa daaa!

chocolates for door gift!


Coklat ni telah ditempah oleh seorang wedding planner. terima kasih kerana menempah dengan sweetpea. lepas ni boleh lah kita berkolaborasi lagi ye akak. seperti yang dilihat di gambar di atas, kita boleh susun coklat box di dalam bakul cantik2, atau pun untuk doorgift pun boleh.

 

SweetPea Cakes N etc Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template