Wednesday 17 August 2011

salam ramadhan untuk semua...
maafkan kami kerana berhibernasi panjang. sebenarnya, untuk beberapa minggu ini kami agak sibuk menyiapkan tempahan biskut raya. buat masa sekarang, alhamdulillah sudah lebih kurang 80% peratus siap. tempahan yang diterima juga sangat menggalakkan. terima kasih kepada sokongan semua. kepada pelanggan kami yang telah menempah, insya allah biskut raya kami akan tiba kepada anda selewat-lewatnya seminggu sebelum lebaran. di harapkan anda berpuas hati dengan produk kami. sekiranya ada sebarang feedback, silalah ajukan kepada kami ye untuk diperbaiki. kalau sedap beritahu lah rakan-rakan atau handai taulan. kalau ada kurang inform lah kami ye. almaklumlah, ini baru first year kami commercialize produk kuih raya ni. sebelum ni, kami buat untuk makan sendiri je. kalau tahun-tahun lepas, ramai yang datang berkunjung ke rumah suka sangat makan biskut raya kami, kata mereka sedap (wallahualam) , tahun ni anda sudah boleh dapatkannya untuk menjadi sebahagian juadah hari raya di rumah anda. namun begitu, usah gusar walaupun tahun ni, kuih raya kami dibuat untuk dijual, kami tetap berusaha untuk menggunakan bahan-bahan berkualiti dan mendapatkan rasa optimum seperti kuih raya yang kami buat untuk makan sendiri kat rumah. kalau anda yang tak sempat menempah, tempahan kuih raya sudah ditutup. tapi kalau still rasa nak try beli, boleh lah cuba call kami, insya allah kami ada buat stok lebih tapi tak banyak.

anyway, kami nak inform sempena lebaran ni, kami mengadakan promosi red velvet cupcakes.
16 pieces rm45 sahaja. topping semestinya cream cheese.
kalau sesiapa yang nak merasa red velvet, inilah saatnya yang sesuai. warnanya cantik,meriah merah mak ngah. sesuai dengan mood festivities.
rasanya pun insya allah ummpphh..
so jgn lupa call kami di 0166602673.
slot yang tinggal terhad.

tempah lah dengan segera ye.

saya tinggalkan dengan pic red velvet cupcakes kami


lets drool seeing the red velvet first, ok.
later for raya kita makan cukup-cukup.

happy ramadhan karim everyone.
 

SweetPea Cakes N etc Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template