Monday, 18 July 2011

cupcakes hantaran- mint green and white

cupcakes ini telah ditempah oleh Kak Yah Paloh untuk majlis perkahwinan anakanda beliau baru-baru ini. Warna temanya hijau. beliau mahukan sesuatu yang simple, jadi kami telah memilih Sakura blossom sebagai tema untuk beliau. warnanya kami pilih sesuatu yang soft seperti di bawah. maaf kerana kali ini, gambar kurang jelas. terpaksa pakai kamera telefon kerana tukang gambar outstation.
walau apapun, cupcakes ini cantik sangat bila kat luar kerana warnanya yang pastel itu. :)

Selamat pengantin baru ye kepada anakanda Kak Yah. Semoga berbahagia hingga ke akhirat. :)

CHOCOLATES HANTARAN

Coklat  praline sesuai untuk dibuat hantaran. Biasanya, untuk hantaran pelanggan akan menempah coklat praline yang disusun di dalam cavities box 35 pieces. ini kerana coklat nampak tersusun kemas selain mudah untuk dibawa kerana menggunakan kotak. penggunaan kotak akan mengurangkan risiko coklat rosak atau terjatuh sewaktu proses transportation. Lagi satu plus point adalah kerana kita boleh menghias kotak tersebut dengan sebarang hiasan yang diinginkan. biasanya, kotak ini tidak memerlukan hiasan yang berat untuk menaikkan keceriaannya. Pada personal opinion SPC, apabila kotak dihias dengan sedikit riben atau bunga kecil sudah pun memadai. Bak kata orang putih, less is more. tapi, itu bergantung kepada kehendak pelanggan. Kami di SPC juga akan mengambil kira kehendak pelanggan.
contoh coklat praline di dalam box seperti dibawah:


warna coklat praline juga boleh diubah suai mengikut warna tema pelanggan. begitu juga dengan kotak dan riben. tetapi untuk hantaran, kebanyakan pelanggan kami banyak memilih warna-warna kotak seperti emas,perak dan putih. Coklat praline kami pula dibuat menggunakan coklat yang berkualiti. Rasanya insya allah sedap selain rupa yang menarik. Rasa sekali, nanti nak lagi dan lagi. :)

Untuk musim perkahwinan akan datang, jadikan coklat praline kami sebagai pilihan penghias par anda. jangan tunggu lama-lama, jom order dari SPC!

Salam ceria dari SPC.
:)

CHOCOLATES for gift!

kami telah menerima dua tempahan coklat untuk diberikan sebagai hadiah. terima kasih kepada Cik Nabilah Nasir dan Cik Aina Syuhada kerana telah sudi menempah dengan Sweetpea.


yang ini cik Nabilah punya. dia minta dibuatkan design comel-comel macam kat atas ni. 24 cavities semuanya. bila coklat ini diserahkan kepada beliau, beliau sangat gembira sebab katanya memang cantik. kami pun happy juga sebab telah berjaya memenuhi citarasa cik Nabilah. :)



Yang ini pula adalah Cik Aina punya. 35 cavities kesemuanya. coklat ini diberikan sebagai hadiah kepada sahabat beliau yang melangsungkan perkahwinan. Cik Aina pun happy juga bila melihat coklat beliau ni.

Terima kasih kepada anda berdua kerana telah menempah dengan SPC.
Semoga kita bertemu lagi di lain kali.

Salam ceria dari kami. :)

wedding cake in white and yellow!

baru-baru ini juga kami telah menerima tempahan kek hantaran pertunangan dari Cik Aini untuk anak bos beliau. temanya adalah putih dan kuning. kombinasi warna yang sememangnya kami sukai. jadi hasilnya seperti ini :


terima kasih kerana telah menempah dari Sweetpea. bunyinya seperti bos beliau amat berpuas hati dan akan menempah lagi dengan Sweetpea untuk pertunangan anaknya yang seterusnya. Kalau pelanggan kami gembira, kami pun turut gembira juga. Sebab kepuasan anda adalah kepuasan kami.

Salam ceria dari SPC.

Sunday, 17 July 2011

cupcakes hantaran -the lovely roses in pink

baru-baru ini kami telah menerima tempahan daripada seorang customer Puan Anisah untuk hantaran adik lelaki beliau. Beliau request cupcakes bertemakan putih dan pink berserta bunga ros dan beads kecil sebagai hiasan. Jadi di bawah ini adalah hasilnya. Bunga ros memang bunga yang cantik. bila diletakkan sebagai hiasan cupcakes pun memang menarik. ayu dan lembut sungguh warnanya. kami pun terpesona sekejap selepas melihat hasil yang ibu kami buatkan. ye, semua cupcakes/cake hantaran adalah hasil sentuhan tangan ibu kami. sebabnya kami merasakan beliau adalah cake decorater yang bagus dalam pemilihan warna dan tema untuk hantaran. buktinya adalah majlis perkahwinan kakak kami sendiri yang hampir 80% dekorasinya adalah idea beliau.

berbalik kepada cupcakes tadi, di bawah ini disertakan gambar-gambar yang berkenaan.



manis kan warnanya? semoga kehidupan kedua mempelai juga akan manis-manis dan berbahagia hingga ke akhirat. kami di Sweetpea Cakes N etc juga mendoakan kebahagiaan kalian. Tahniah kepada Zul dan Zety. :)

salam manis dari SPC
 

SweetPea Cakes N etc Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template